|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) SK Seri Iman telah dibuka pada tahun 1996 dengan jumlah murid seramai 6 orang.Kelas PKBP pada masa itu di tingkat bawah Blok A. Kemudian dipindahkan di tingkat satu bersebelahan pejabat pada tahun 1997. Hari ini PKBP telah mempunyai satu bangunan khas yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas,bilik guru,home base,dapur,bilik tayang dan 10 stesen. Semangat kental guru-guru PKBP dan kerjasama dari pihak pentadbir dan ibu bapa telah membuahkan hasil dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkeyakinan,berdikari,berupaya,,dan menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat. Sesungguhnya anak-anak istimewa ini mengharapkan keprihatinan dan bimbingan dalam menguruskan kehidupan. “INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA” VISI PENDIDIKAN KHAS SEK. KEB. SERI IMAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI, MESRA DAN REDHA KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS SERTA KELUARGA MEREKA. MELATIH MEREKA KE ARAH KERJAYA AGAR DAPAT BERDIKARI DAN BEKERJA BERSAMA MASYARAKAT. KEJAYAAN KAMI INSPIRASI SEK.KEB. SERI IMAN v Menjadi johan pertandingan mewarna peringkat negeri sebanyak 2 tahun berturut-turut (2002-2003) v Menjadi naib johan pertandingan mewarna peringkat kebangsaan pada tahun 2003 di Pahang v Seorang murid telah mendapat anugerah murid P.Khas terbaik peringkat negeri Terengganu tahun 2003 dan menjadi wakil ke peringkat kebangsaan 2003 v Seorang guru PKBP telah mendapat anugerah guru cemerlang P.Khas daerah Kemaman 2004 v Seorang murid dicalonkan untuk anugerah murid P.Khas terbaik negeri Terengganu 2004 v Menjadi johan Kelas Kondusif Peringkat Daerah Kemaman dan Peringkat Negeri Terengganu 2004 v Anugerah Murid P.Khas Bermasalah PembelajaranTerbaik Peringkat Negeri dan mewakili peringkat Kebangsaan Pada Hari Kanak-Kanak Sedunia 2006. v Johan pertandingan mewarna peringkat daerah 2006 ORGANISASI UNIT PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SK SERI IMAN KEMAMAN PENASIHAT EN. AHMAD KAMAL B. ISMAIL (Guru Besar) PENYELARAS Cik Salina bt. Embong PENOLONG PENYELARAS Pn. Siti Aminah bt. Mohd Yazid SETIAUSAHA Pn. Noor Laila bt. Abd. Kadir BENDAHARI Pn. Shanisah bt. Abu Bakar HAL EHWAL MURID Pn. Wan Samariah bt. Wan Mamat KURIKULUM Pn. Norsiah bt. Muda KOKURIKULUM Cik Najihah bt. Mohd KERJAYA Pn. Rahimah bt. Derazak PECAHAN KATEGORI MURID BIL KATEGORI MURID JUMLAH 1 Slow Learner 15 orang 2 Hyperaktif 2 orang 3 Autisme 6 orang 4 Gangguan Emosi 1 orang 5 Terencat akal 3 orang 6 Epilepsy 3 orang 7 Sindrom Down 7 orang 8 Spastik 2 orang 9 Masalah Pertuturan 2 orang 10 Masalah Penglihatan 2 orang 11 Tumpuan Perhatian Singkat (ADHD ) 1 orang JUMLAH 44 orang
GURU PENDIDIKAN KHAS SK SERI IMAN
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||